' PANJI ' melayu mula turun di kuil sri maha mariamman.


Selamat datang ke channel kunta kintel.kita bertemu lagi dengan isu-isu semasa yang hangat di perkatakan pada hari ini.Negara kita di gemparkan dengan rusuhan yang berlaku di kuil sri maha mariamman di subang semalam.Apa yang menyedihkan ialah orang awam dan juga badan unit beruniform yang menjadi mangsa keaadan.mari lah sama-masa kita lihat kronogi yang berlaku.

AWAL Isnin lalu, insiden perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman terletak di USJ 25, Seafield, Subang Jaya menjadi punca pergaduhan dan insiden kenderaan dibakar.

Setakat hari ini sejumlah 21 lelaki telah ditahan, 23 kenderaan dibakar dan sebuah jentera bomba dirosakkan.
Seorang anggota bomba turut dilaporkan kritikal akibat dipukul sewaktu ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan orang awam kenderaan terbakar.

Keadaan tenang di sekitar kawasan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini mulai kecoh seketika apabila didatangi sekumpulan anak muda yang di gelar " panji melayu " kira-kira jam 11.15 malam Selasa.

Kumpulan yang dianggarkan seramai 100 orang itu bagaimanapun telah dihalang pihak polis untuk menghampiri kawasan kuil.
Kehadiran mereka katanya hanya untuk berhimpun secara aman. Namun motif kumpulan tersebut tidak dapat dipastikan.
Terdahulu, kelibat kumpulan itu turut dilihat melintasi kawasan kuil berkenaan.

Untuk rangkuman penuh sila lihat video yang telah kami sediakan.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==